ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..
SALAM JUMAAT BARAKAH..
sekejap saja masa berlalu..kelip-pop-kelip-pop(hey,,bahase ape tu?!) dah sampai hari Jumaat lagi. Rasenye baru lepas je Jumaat hari tu (-_-)..em, bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ni, terasa nak buat entri special pulak ..
Hari Jumaat a.k.a
سيدالأيام ..
(sayyidul ayyam..) *dalam lughatul arabiyyah * . bermaksud penghulu segala hari..wah, hebat kan hari Jumaat ni..bukan calang2 hari tahu! Kenapa ye sampai dapat gelaran ''penghulu'' ? mesti ada something special pasal hari ni..nak tawu?!
okeh check it out!
Tawu kah??
kesepesyelan hari Jumaat ni ada disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadith . Antaranya,
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Phew! osem kan hari ni? Lagi osem kalau kita isi dengan membaca Surah Alkahfi ..selalunya orang lebih gemar (dah terbiasa ) amalkan baca surah Yaasiin malam2 jumaat.pon boleh aja. tapi sebenarnya yang lebih afdal(utama) kalau tiba hari Jumaat, bacalah Surah Kahfi. Yasin boleh je dibaca tiap2 hari..tak semestinya hari/malam jumaat .
Nak tawu apa
kelebihan al-kahfi dan kenapa lebih afdal dibaca pada hari jumaat?
kelebihan surah al-kahfi: terlindung daripada fitnah dajjal
kenapa baca hari jumaat?: Hadith nabi ada menyebut kelebihannya ,iaitu, terpelihara hingga lapan hari ..maknanya, kalau baca jumaat ni, maka terpelihara lah kita oleh Allah sehingga tiba jumaat lagi satu..terpelihara daripada segala fitnah atas muka bumi ni dan jugak fitnah dajjal..Masyaallah.Subhanallah.
Jadi, based on alibi2 yang kukuh lagi jitu ini, apa tunggu lagi? jom la amalkan ramai2. semoga kita semua sentiasa dinaungi rahmat Allah. aamiin~