''Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendir,'' -riwayat Bukhari & Muslim-
Untuk menyahut seruan ini,cuba kita praktikkan perkara2 di bawah. Semoga ikatan ukhwah yang terbina bertambah manis:)
- Menyatakan rasa kasih terhadap saudaramu.
- Mintalah saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah
- Segera bersalam apabila bertemu
- Bermanis muka apabila bertemu
- Menyenangkan hati saudaramu
- Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan ssempurna
Berkata hukamak....
'' sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkahlaku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh (tidak soleh) maka tidak perlulah engkau bertanya di sana sini. cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang2 yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seorang kawan akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu''
-sahabat adalah cerminan diri kita ..
Berkata ulamak,
''jangan kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang, iaitu orang yang engkau pelajari daripada sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua, orang yang kamu sendiri memanfaatkan ilmumu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih baik eloknya, larilah kamu daripadanya.
Sahabat sejati pembina keindahan abadi....
wallahua`lam.