Ordinary Girl's Thoughts

Wednesday 30 January 2013

::Fitrahnya Seorang Adam Menginginkan Seorang Hawa::



Tulisan ini akan membawa kita mengenali salah satu daripada fitrah seorang lelaki...



Fitrah si anak kecil




Sepertimana yang telah kita semua sedia maklum, kanak2 sangat menyukai manisan, baik gula2,aiskrim,kek,coklat,vanila cokelat:P, dan sebagainya. Sebagai seorang insan yang pernah mempuh zaman kanak2 ribena.. =.= ,saya juga mengakui perasaan yang sama dialami oleh diri ini ketika diusia setahun jagung itu. 

Malahan, lagi extreme dari itu. Teringat suatu ketika saya pernah meratah gula dari balang gula ibu saya di dapur dengan menggunakan sudu . Dan ianya berlaku berulang2 kali jugak la.hihik.mujur tak terbawa bawa sampai hari ni. ok,sekian! ~.

okeh,enough with my nonsense pass story :P . Back to our point just now,,,hm. Jadi, kanak2 tadi ,jika kita letakkan di hadapannya sepotong kek coklat bersalut fondan,coklat dan krim ditaburi pulak dengan cip coklat putih dan hitam sebagai hiasan, serta buah ceri diatasnya,(gulp!tetiba lapaq pulak :P..) kemudian kita berkata kepadanya "Dik, jangan tengok kek tu tau,''. Apakah si kecil yang sangat menyukai manisan tadi akan berpaling daripada memandang kek tersebut?? jawapan saya ,tentu TIDAK! Bahkan anak kecil ini akan melakukan lebih daripada memandangnya .Bermula dengan memandang,kemudian dicelet kek itu kemulut dengan satu jari,kemudian dua,tiga dan seterusnya sehingga lenyap kek tadi daripada pandangan mata kasar .Lain lah kalau perut budak tu di'scan' mungkin boleh nampak kek yang telah dilahap . 


Keinginan itu sukar ditundukkan

Begitulah perihalnya seorang anak kecil yang dihidangkan kegemarannya di depan matanya. Walau dengan ketegasan kita, jika tak dimakanpasti akan tetap dipandang kek itu. Apabila anak kecil menigkat remaja, dia diajarkan supaya menundukkan pandangan dan nafsunya agar tidak melihat perkara yang tidak halaj baginya. Tambahan pula remaja seringkali dikaitkan dengan sikapnya yang suka memberontak dan ingin kemahuannya dipenuhi kecuali la bagi mereka yang mampu menahannya.

Fitrahnya seorang Adam

Dalam keadaan jiwanya yang memberontak, dia menjalani kehidupannya seperti manusia lain, ada keinginan dan nafsu. Sehingga lintas dihadapan matanya seorang anak gadis berpakaian 'ala moden'. Pakaian yang belum siap dijahit barangkali ya..sehingga menampakkan peha dan lengannya,serta alunan rambutnya. Mungkin kerana telah dididik pada awalnya, si Adam menundukkan pandangannya kali pertama. Kemudian lalu pula gadis lain yang berpakaian lebih aneh saya kira..peha dan bahunya terdedah, serta kelihatan seluruh bentuk badannya. Ketika ini apakah seorang remaja yang mula mengenal dunia,yang mempunyai keinginan dan jiwa yang memberontak tadinya akan menundukkan pandangannya dari melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya? Mungkin sebahagian yang takut akan Allah akan tetap tunduk. Namun, berapa ramaikah yang mampu??
Masa terus berlalu, sang muda remaja kini sedang menginjak dewasa. Sebagai seorang pemuda, dia tidak lagi bergantung hidup disisi ibubapa. Dengan berbekalkan nasihat dari mereka, serta pengalaman hidup remajanya, dia meneruskan kehidupan seperti manusia lain. Jiwanya yang dahulu memberontak kini meronta2. Kerana fitranya seorang Adam menginginkan seorang Hawa.  Semasa kehidupannya diperingkat ini, tanpa pengawasan dan kawalan, dan menghadapi dunia yang penuh dugaan bagi dirinya sebagai manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan,apakah kita mampu fikirkan apabila lau dihadapannya pelbagai cantik jelita berpakaian bermacam jenis, dari yang menampakkan hanya sebahagian hingga yang menutup hanya sebahagian?

Kenapa tidak tundukkan pandangan sahaja..

Yup, sememangnya didikan agama itu menjadi benteng teguh bagi Adam dari mengikuti nafsunya. Namun apakah dia mampu bertahan selama2nya apabila dihapannya semua yang menggoncang pintu imannya? Janganlah hanya disalahkan anak kecil yang makan kek tadi tetapi lihat juga kepada mereka yang tidak menutupi kek tersebut dari penglihatannya. Kerana itu janganlah hanya disalahkan Adam yang terbeliak mata ketika melihat Hawa, jika Hawa sendiri tidak menjaga kehormatan mereka!




!Tanggung jawab bersama!


Allah telah mengangkat martabat wanita ketika lelaki disuruh tundukkan pandangan mereka. Maka bantulah lelaki dalam melaksanakan suruhan Allah ini.Kerana wanita juga ada tanggungjawab menutup auratnya...berkira2 lah tentang saham akhirat anda.

-WALLAHUA`LAM:)-






Friend + ship :)


bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum, my dear brothers and sisters in ISLAM :) 


trust me !! you must hear this! 


memang benar, kama qolal hukamak..''sahabat itu adalah cerminan diri kita''..
kepada anda yang setuju sila angkat kening^^..
yang tak berapa setuju tu sila diam saja..hehe.

oleh yang demikian , silalah berhati2 dan ambil langkah2 keselamatan yang sewajarnya sebelum kita memperlakukan atau memperkatakan (sila abaikan ketepatan tatabahasa saya dari segi penggunaan imbuhan tu.==') sesuatu kepada sahabat kita. 
kenapa?? kerana mungkin apa saja kecacatan(bukan fizikal) atau kelemahan yang terlihat pada si dia adalah juga yang sama pada diri kita(ayat putarbelit.harap faham la eh.)..

ianya membuatkan saya terfikir begini:''mungkin Allah sengaja menampakkan kelemahan sahabat kat aku, sebab nak tunjuk betapa aku pon bersikap macam tu.mungkin ni la cara Dia nak tegur aku ''

sebagai contoh, kita kata kan kawan kita tu seorang yang penting kan diri..choop!! sebelum terkeluarnya kata2 itu dari anak tekak sedara sedari sekalian , cer kita pikir dulu..kadang2 kita pon sama macam tu jugak en... jadi, stop di situ dan muhasabah diri kita dulu. dan,dan,dan.. yang paling penting , sebelum kita nak orang lain jadi yang terbaik untuk kita, terlebih dahulu kita mesti jadi yang terbaik untuk orang lain.

Pada hemat saya yang tak sberapa ni, tak salah kalau kita nak pandang tinggi melangit kat sahabat2 kita.tapi, pada masa yang sama , perlulah kita menyedari hakikat bhawa dia atau mereka itu juga manusia seperti kita yang punya dua mata,dua lobang hidung ,dua kaki dan tangan dan sebagainya(sila senaraikan sendiri..). sahabat itu jugak tak mungkin lari dari melakukan kesilapan. justeru, maafkan lah. percayalah dalam kepahitan sebuah pengorbanan( yakni memaafkan ) itu terkandung kemanisan yang tak terharga nilainya.

KEMAAFAN! ya, di situlah letaknya kemanisan dalam bersahabat.
wallahu'alam..


renung2kan,pikir2kan,paham2kan ,digest2kan betul2.then amal2kan .
 sekian..

Sunday 27 January 2013

Lawatan Kasih Sayang =)

Assalamualaikum . Salam sejahtera saya ucapkan buat pembaca budiman + hensem+ cantik :) ..semoga anda semua dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya .AMEEN..

Rasanya dah dekat 6 bulan tak menaip kat sini Alhamdulillah ..masih diberi kesempatan..syukur . Last update pun masa dekat ramadan tahun lepas . Bukan tak dak story .Cuma tak punya masa yang sesuai nak menaip .Lagipun malas! (damn true) .hohoho.


Eh,panjang pulak membebel.huhu ..maaf2!

Ok.masuk main point terus.
__________________________________________________________
     
     Saat dan ketika ini ,saya baru pulang daripada melawat adik-adik di rumah Mawaddah wa Rahmah ,Rawang, Selangor, Malaysia.

25 Jan 2013 - Day 1st . - Tak sabar - sabar nak jumpa! :)


Semua peserta berkumpul di Musolla Mahallah Khadijah sebelum bertolak . Katanya nak bertaaruf..tapi tak sempat. *aku la yang lambatsekali.* About 6 p.m. we depart from CFS IIUM .Kali ni satu bus saja.



Kami sampai kat sana about 8 p.m.  agak lambat sebab traffic jam. peak hour lah kata kan.Kedatangan kami disambut mesra oleh Nenek yang sentiasa mengenakan pakaian serba putih.Hmm..rasanya tak pernah kot tengok nenek pakai baju warna lain.Hatta sarung kaki dia pun warna putih!.Actually ,this is not my first time being here..

   Lepas solat Maghrib berjemaah,ada sesi taaruf untuk brothers .Lepas solat Isyak berjemaah sekali ngan adik2, kami dihidangkan dengan makan malam yang simple tapi sedap. Maggie ngan nasik . saya ambik nasik . da seharian tak makan nasik kot. Yummy! Alhamdulillah..


Teringat masa solat isyak tadi, kami solat dengan adik2. cute sungguh bila tengok diorang ni segera menyarungkan jubah putih masing2 selepas berwudhu'. Pastu, terus buat saff kat belakang , nampak commmell sangat!. Diorang ni memang osem sangat .tahu kenapa? lepas bagi salam, terus berwirid sama2 .MasyaALLAH kecik2 lagi dah dilatih macam tu .Plus,ada diantara mereka ni hafiz dan hafizah okay!.Melihat diorang yang suci ni, hati terasa tenang ja tau =)

Then , sesi taaruf sisters pulak kat musolla sekali dengan adik2 perempuan. FYI, adik2 perempuan kat sini yang berumur  6 tahun ke atas semua berniqob okay! *what a surprise kan?!* .Adik2 ni ramah2 belaka dan cepat mesra .For the first time maybe diorang ni agak malu-malu. Ye la ,tak biasa kan..tapi bila dah kenal, sekejap je dah manja-manja ngan kita. Seriously, bila pandang diorang ni sayu+gembira pon ada...huhu.. they treat us just like we were their own sisters. =' )

26 Jan 2013 - Day 2nd (Last day)- Having fun with adik-adik =)


Wake up early morning at 4.40 a.m. sebab nak qiam ramai2. Tapi tak kejutkan adik2. Diorang join solat Subuh ja.


Lepas selesai je solat subuh, baby2 semua dah bangun..*Subhanallah.oh my, cute sangat depa.* ada yang menangis ,ada yang ceria ja..

Lepas sarapan dan solat dhuha , kami main explorace. Seronok tak terkata bila tengok wajah ceria adik2 ni.Surrounded by these innocent kids, how i wish they were my own kids ! *hoho* .After the game , saya ikut Azreen dan Nenek pi Tesco .Azreen la.. tiba2 ja rasa nak buat kek batik.

Balik dari Tesco,solat, then, lunch.. sementara tunggu kek siap, kami buat games lagi.

Lepas solat Asar, makan kek ..kami gather ramai2 untuk mendengar kata2 hikmat daripada Nenek sebab lepas Magrib dah nak berundur.

   Usai solat Maghrib, detik perpisahan pun tiba. Semua orang mood sayu .huhu..Paling tak tahan tu, adik2 semua dah nangis teresak-esak kot. Saat bersalaman dan peluk Nenek tu terasa sebak pulak.* Nasib baik berjaya control jugak ayaq mata nih.fuhh..*. Diorang hantar kami sampai depan pintu bas.Memang tahap keterharuan tu tak payah cakap lah.. Akhirnya, dengan berat hati, kami berangakat pulang ke CFS IIUM.

Dalam hati: Selamat tinggal adik2. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi .INSYAALLAH  :')

walau sehebat mana pun kita pikir tentang diri kita, mereka jauh berganda lagi hebat. Ya, betul, diorang tak dak family macam mana kita ada, diorang tak dak akademik, and maybe ada diantara kita hidup jauh lebih mewah dari anak2 ni. tapi jangan sekali kali kita lupa bahawasanya ALLAH telah memuliakan mereka dan pembela mereka di sisiNya di hari pembalasan kelak.

Sabda Rasulullah S.A.W; " Jarak di anatara aku dengan pembela anak - anak yatim di akhirat kelak seumpama jarak di antara dua jari ini( jari telunjuk dan jari tengah) ."



Dari kiri: Apek, Dani , Sulaiman dan Aidil
Apek (Airil Syafik)

Baim (Ibrahim)


Dani yang sibuk memanjang bila pegang handphone


Yang berbaju putih ni la Nenek
Adam



Hawa








Followers

AuBuRn_perfect two_:)

Auburn - Perfect Two lyrics

Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be 
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see 
That we're all we need
'Cause you're the apple to my pie 
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high 
And you're the one I wanna marry 

'Cause you're the one for me, for me
And I'm the one for you, for you 
You take the both of us, of us 
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me, for me 
And I'm the one for you, for you
You take the both of us, of us
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya 
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the isle

'Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

'Cause you're the one for me, for me 
And I'm the one for you, for you
You take the both of us, of us
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
Yeah, yeah



Lyrics | Auburn lyrics - Perfect Two lyrics
Learn Foreign Languages
 
::Journey O' Mine:: Blogger Template by Ipietoon Blogger Template