Rasanya dah dekat 6 bulan tak menaip kat sini Alhamdulillah ..masih diberi kesempatan..syukur . Last update pun masa dekat ramadan tahun lepas . Bukan tak dak story .Cuma tak punya masa yang sesuai nak menaip .Lagipun malas! (damn true) .hohoho.
Eh,panjang pulak membebel.huhu ..maaf2!
Ok.masuk main point terus.
__________________________________________________________
Saat dan ketika ini ,saya baru pulang daripada melawat adik-adik di rumah Mawaddah wa Rahmah ,Rawang, Selangor, Malaysia.
25 Jan 2013 - Day 1st . - Tak sabar - sabar nak jumpa! :)
Semua peserta berkumpul di Musolla Mahallah Khadijah sebelum bertolak . Katanya nak bertaaruf..tapi tak sempat. *aku la yang lambatsekali.* About 6 p.m. we depart from CFS IIUM .Kali ni satu bus saja.
Kami sampai kat sana about 8 p.m. agak lambat sebab traffic jam. peak hour lah kata kan.Kedatangan kami disambut mesra oleh Nenek yang sentiasa mengenakan pakaian serba putih.Hmm..rasanya tak pernah kot tengok nenek pakai baju warna lain.Hatta sarung kaki dia pun warna putih!.Actually ,this is not my first time being here..
Lepas solat Maghrib berjemaah,ada sesi taaruf untuk brothers .Lepas solat Isyak berjemaah sekali ngan adik2, kami dihidangkan dengan makan malam yang simple tapi sedap. Maggie ngan nasik . saya ambik nasik . da seharian tak makan nasik kot. Yummy! Alhamdulillah..
Teringat masa solat isyak tadi, kami solat dengan adik2. cute sungguh bila tengok diorang ni segera menyarungkan jubah putih masing2 selepas berwudhu'. Pastu, terus buat saff kat belakang , nampak commmell sangat!. Diorang ni memang osem sangat .tahu kenapa? lepas bagi salam, terus berwirid sama2 .MasyaALLAH kecik2 lagi dah dilatih macam tu .Plus,ada diantara mereka ni hafiz dan hafizah okay!.Melihat diorang yang suci ni, hati terasa tenang ja tau =)
Then , sesi taaruf sisters pulak kat musolla sekali dengan adik2 perempuan. FYI, adik2 perempuan kat sini yang berumur 6 tahun ke atas semua berniqob okay! *what a surprise kan?!* .Adik2 ni ramah2 belaka dan cepat mesra .For the first time maybe diorang ni agak malu-malu. Ye la ,tak biasa kan..tapi bila dah kenal, sekejap je dah manja-manja ngan kita. Seriously, bila pandang diorang ni sayu+gembira pon ada...huhu.. they treat us just like we were their own sisters. =' )
26 Jan 2013 - Day 2nd (Last day)- Having fun with adik-adik =)
Wake up early morning at 4.40 a.m. sebab nak qiam ramai2. Tapi tak kejutkan adik2. Diorang join solat Subuh ja.
Lepas selesai je solat subuh, baby2 semua dah bangun..*Subhanallah.oh my, cute sangat depa.* ada yang menangis ,ada yang ceria ja..
Lepas sarapan dan solat dhuha , kami main explorace. Seronok tak terkata bila tengok wajah ceria adik2 ni.Surrounded by these innocent kids, how i wish they were my own kids ! *hoho* .After the game , saya ikut Azreen dan Nenek pi Tesco .Azreen la.. tiba2 ja rasa nak buat kek batik.
Balik dari Tesco,solat, then, lunch.. sementara tunggu kek siap, kami buat games lagi.
Lepas solat Asar, makan kek ..kami gather ramai2 untuk mendengar kata2 hikmat daripada Nenek sebab lepas Magrib dah nak berundur.
Usai solat Maghrib, detik perpisahan pun tiba. Semua orang mood sayu .huhu..Paling tak tahan tu, adik2 semua dah nangis teresak-esak kot. Saat bersalaman dan peluk Nenek tu terasa sebak pulak.* Nasib baik berjaya control jugak ayaq mata nih.fuhh..*. Diorang hantar kami sampai depan pintu bas.Memang tahap keterharuan tu tak payah cakap lah.. Akhirnya, dengan berat hati, kami berangakat pulang ke CFS IIUM.
Dalam hati: Selamat tinggal adik2. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi .INSYAALLAH :')
walau sehebat mana pun kita pikir tentang diri kita, mereka jauh berganda lagi hebat. Ya, betul, diorang tak dak family macam mana kita ada, diorang tak dak akademik, and maybe ada diantara kita hidup jauh lebih mewah dari anak2 ni. tapi jangan sekali kali kita lupa bahawasanya ALLAH telah memuliakan mereka dan pembela mereka di sisiNya di hari pembalasan kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W; " Jarak di anatara aku dengan pembela anak - anak yatim di akhirat kelak seumpama jarak di antara dua jari ini( jari telunjuk dan jari tengah) ."
Dari kiri: Apek, Dani , Sulaiman dan Aidil |
Apek (Airil Syafik) |
Baim (Ibrahim) |
Dani yang sibuk memanjang bila pegang handphone |
Yang berbaju putih ni la Nenek |
Adam |
Hawa |
Subhanallah ! :')
ReplyDeletesubhanallah ...
ReplyDeletecomel2 adk2 ni...
:)
betul....kita mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurnaikan oleh NYA...
:)
:')
ReplyDelete