Ni la pengalaman pertama aku cuba masak ayam berempah ala2 aku. sebab tu ada perkataan 'SULUNG ' tuh..haa
Jadi kesahnya macam ni...*maka bermulalah hikayat agung cikfiruz*...
cuti sem hari tu Azreen ajak pi picnic bersama kawan2 sekolahku yg lainnya ..bila ada event maka secara automatiknya akan berlakulah pembahagian tugas.. maka Azreen pun text aku mesej yang lebih kurang macam ni:
" Boleh tak hang tolong goreng ayam untuk makan dengan nasi kerabu esok?kalau boleh ayam berempah"..
maka aku pun terkesima sesaat sebab aku mana pernah buat berempah2 ni..goreng kosong boleh la..huhu..tapi bila difikir2kan pada saat2 seterusnya, 'elok jugak kalau aku cuba buat'..hm. tapi taktau pulak resepi dia.. tanya mak, mak kata macam ni lepas tu mcam tu, da siap.. haish , takkan sekacang tu sekali ,mak?biaq betoi.
oleh kerana tak berapa pasti dengan keaslian resepi mak, aku pun tanya la kat mak cik google ..dengan pantasnya mak cik google memberi senarai resepi2 yg dicari..aku dah alter sikit sebab ada bahan yang tak cukup..so macam ni jadi resepi aku:
BAHAN A:
serai 8 btg
halia 6 inci
bwg besar 2 biji
Serbuk kari daging 2 sb
jintan manis 4 sk
serbuk cili 2 sk
**blend semua bhn a
BAHAN B:
Ayam sekor
Serbuk pati ayam 1 sb
Tepung jagung 2 sb
Tepung beras 1 sb
Kunyit 1 sk
Daun kari
cara masak sangat mudah:
1. satukan semua bahan A dan B..gaulkan sebati. perap .1 jam - semalaman. lagi lama lagi sedap.Kat sini aku tambah perahan limau sebiji dan daun limau purut selai dua.
2. Goreng dengan minyak yang panas dan api sederhana.
0 comments:
Post a Comment